Mama's Choco Delight menawarkan pelbagai jenis coklat untuk majlis korporat, perkahwinan dan lain-lain lagi. Feel free to order my HOMEMADE and HALAL chocolates.

Followers

Saturday, January 14, 2012

SELAMAT TAHUN BARU N WELCOME 2 OUR LIL PRINCESS!!!

Assalamualaikum n selamat tahun baru (xlambat lagi kan...kan..).
Alhamdulillah..kita semua masih diberi kesempatan utk melangkah ke tahun 2012. Semoga tahun ini memberikan kita banyak manfaat berbanding tahun sebelumnya.
Nampaknya MCD akan berehat utk seketika. Alhamdulillah..pada tanggal 10 Januari 2012 mama menerima kehadiran org baru..n yang paling seronoknya, tarikh tu sama dgn birthday mama ;) Kiranya inilah hadiah paling terbest yang mama pernah terima. Syukur sangat2. Walaupun pada akhir2 mengandung dulu, doc cakap bb ada masalah, tapi alhamdulillah..bb girl mama sihat n selamat. Wish u all d best sayang.
Buat semua, semoga kalian akan sentiasa tabah dlm mengharungi cabaran n dugaan yang bakal mendatang. Ingatlah, semua tu adalah rencah kehidupan. Allah menguji setiap hambaNya mengikut kemampuan mereka. Bila Allah uji, maknanya Dia sayang pada kita lorrrr..buat semua, salam sayang dr mama. InsyaAllah,v ada kesempatan nanti mama akan upload gambar2 tempahan di hujung tahun lalu (sori..mama xsempat nak upload ;) ...jangan marah haaa.. )
Wassa

Tuesday, October 25, 2011

Buatlah Maksiat, Dengan SYARAT...

Assalamualaikum buat semua n salam sejahtera...

Hari ni, mama xnak cerita pasal coklat ke, kek ke, tapi hari ni mama nak share dgn sume pembaca pasal maksiat. Actually, mama memang dah lama menyimpan hasrat utk menjadikan blog ni sebagai ruangan mama utk share something dengan readers2 yang lain. Selain utk menayang-nayangkan order dari tempahan customer mama (eceh..), mama harapkan agar blog ni mampu menjadi satu medium utk mama share sedikit sebanyak apa2 info yang bermanfaat buat kita bersama.

Mama ada baca pasal buat maksiat ni. Ha...siapa yang nak buat maksiat a.k.a dosa, jom kita tengok apa yang kita kena prepare sebelum buat maksiat (buat maksiat pun, kena ada preparation tau..). Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh Imam Qurtubi, ada satu cerita pasal seorang lelaki ni..dalam perjalanan mamat ni mencari hidayah (petunjuk ok..bukan nama awek cun ek..) dia telah berjumpa dengan seorang ahli sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. So, dia tanya la kat Ibrahim Adham ni, boleh tak kalau dia nak buat maksiat. Maka, Ibrahim Adham pun berkata.."Boleh je kalau kamu nak buat maksiat. Tapi dengan SYARAT..

1. Jangan kamu makan rezeki Allah. Sebab memang tak layak la orang yang derhaka pada Allah nak makan rezeki yang Allah bagi.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah. Carila mana2 planet yang pemiliknya bukan Allah.

3. Buatlah di tempat yang Allah memang tak boleh nampak kamu.

4. Bila malaikat maut datang pada kamu, jangan lupa cakap kat malaikat tu, "Oppss..nanti dulu, bagi aku chance untuk bertaubat."

5. Bila malaikat Zabaniah datang nak heret kamu ke neraka, cakap kat dia kamu tak nak ikut dia.

Kalau kamu dapat penuhi semua syarat2 yang disebutkan tadi, silalah dengan penuh hormatnya buat maksiat bagi memberatkan timbangan dosa kamu di akhirat esok."
Dengar je jawapan dari ahli sufi tersebut, menangisla mamat tu teresak-esak. Sebab dia tau, sampai bila2 pun, dia takkan mampu nak penuhi syarat yang Ibrahim Adham sebutkan tu.

Haa..macam mana pulak dengan diri kita yang serba kerdil ni. Ingatlah kawan-kawan mama sekalian, hidayah Allah ada di mana2 je. Cuma diri kita je yang mungkin xnak terima hidayah tu. Jangan kata takdir dah memang tertulis kita jadi macam tu, mahu pun macam ni..Allah telah bekalkan setiap dari kita dengan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran. Bila baligh je, akal kita dah sempurna dan cukup cerdik. Maka memang menjadi kewajipan kita la untuk mencari hidayah Allah. Insya Allah, Allah takkan pernah mensia-siakan hambaNya. Semoga apa yang mama share ni, dapat kita sama-sama renung dan fikir2 kan. Salam sayang buat semua..

Saturday, October 8, 2011

MY 1ST TRIAL..BUTTERCREAM..




Assalamualaikum..kali ni mama nk share gambar buttercream yg mama buat. Opismate order kek coklat pastu nk topping mcm kt kedai. Dgn semangat n azam yg membara-bara, so mama pn try jugak la buat buttercream utk salut kek coklat tu..(thanks Farah atas dorongan n kepercayaanmu itu..tenkiu mak datin..)
For beginning ok la kot...(mekasih jgk buat my dear sis, kak lin yg bg kata2 semangat utk den terus maju lagi).
Korang sume memang best la..

UPLOAD GAMBAR

Salam buat my readers (mmm..ada ke..)
Lama xonline. Kali ni mama nak upload gambar yang banyak dlm simpanan ni..
Jom!!