Mama's Choco Delight menawarkan pelbagai jenis coklat untuk majlis korporat, perkahwinan dan lain-lain lagi. Feel free to order my HOMEMADE and HALAL chocolates.

Followers

Tuesday, October 25, 2011

Buatlah Maksiat, Dengan SYARAT...

Assalamualaikum buat semua n salam sejahtera...

Hari ni, mama xnak cerita pasal coklat ke, kek ke, tapi hari ni mama nak share dgn sume pembaca pasal maksiat. Actually, mama memang dah lama menyimpan hasrat utk menjadikan blog ni sebagai ruangan mama utk share something dengan readers2 yang lain. Selain utk menayang-nayangkan order dari tempahan customer mama (eceh..), mama harapkan agar blog ni mampu menjadi satu medium utk mama share sedikit sebanyak apa2 info yang bermanfaat buat kita bersama.

Mama ada baca pasal buat maksiat ni. Ha...siapa yang nak buat maksiat a.k.a dosa, jom kita tengok apa yang kita kena prepare sebelum buat maksiat (buat maksiat pun, kena ada preparation tau..). Dalam sebuah kitab yang dikarang oleh Imam Qurtubi, ada satu cerita pasal seorang lelaki ni..dalam perjalanan mamat ni mencari hidayah (petunjuk ok..bukan nama awek cun ek..) dia telah berjumpa dengan seorang ahli sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. So, dia tanya la kat Ibrahim Adham ni, boleh tak kalau dia nak buat maksiat. Maka, Ibrahim Adham pun berkata.."Boleh je kalau kamu nak buat maksiat. Tapi dengan SYARAT..

1. Jangan kamu makan rezeki Allah. Sebab memang tak layak la orang yang derhaka pada Allah nak makan rezeki yang Allah bagi.

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah. Carila mana2 planet yang pemiliknya bukan Allah.

3. Buatlah di tempat yang Allah memang tak boleh nampak kamu.

4. Bila malaikat maut datang pada kamu, jangan lupa cakap kat malaikat tu, "Oppss..nanti dulu, bagi aku chance untuk bertaubat."

5. Bila malaikat Zabaniah datang nak heret kamu ke neraka, cakap kat dia kamu tak nak ikut dia.

Kalau kamu dapat penuhi semua syarat2 yang disebutkan tadi, silalah dengan penuh hormatnya buat maksiat bagi memberatkan timbangan dosa kamu di akhirat esok."
Dengar je jawapan dari ahli sufi tersebut, menangisla mamat tu teresak-esak. Sebab dia tau, sampai bila2 pun, dia takkan mampu nak penuhi syarat yang Ibrahim Adham sebutkan tu.

Haa..macam mana pulak dengan diri kita yang serba kerdil ni. Ingatlah kawan-kawan mama sekalian, hidayah Allah ada di mana2 je. Cuma diri kita je yang mungkin xnak terima hidayah tu. Jangan kata takdir dah memang tertulis kita jadi macam tu, mahu pun macam ni..Allah telah bekalkan setiap dari kita dengan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran. Bila baligh je, akal kita dah sempurna dan cukup cerdik. Maka memang menjadi kewajipan kita la untuk mencari hidayah Allah. Insya Allah, Allah takkan pernah mensia-siakan hambaNya. Semoga apa yang mama share ni, dapat kita sama-sama renung dan fikir2 kan. Salam sayang buat semua..

2 comments:

  1. Hik3!!!! ko buat aku gelak wa.. tp mmg betul ler syarat2 dia tu.. hi3!!!

    ReplyDelete
  2. Mmg betul pn syarat2 2 kn? Jom kita sama2 pakat2 pk2 kan...

    ReplyDelete